Tuesday, 14 August 2012

Politeknik Sultan Azlan Shah






Class:DAD1A
Registration Number:15DAD12F1031
Acedemic Advisor:Encik Mohamad Al Bukhari







Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Politeknik ini beroperasi di Behrang, Perak.


Politeknik Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River.
PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif.
PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Visi

PSAS berazam menjadi institusi pendidikan dan latihan separa Profesional terulung di Malaysia.

Misi

PSAS beriltizam untuk memberi pendidikan dan latihan separa Profesional yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kamsis Psas

UNIT KAMSIS
POLITEKNIK S
AZLAN SULTANHAH
UNIT KAMSIS
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

 


LATARBELAKANG

Kamsis ( asrama ) Politeknik Sultan Azlan Shah menyediakan kemudahan penempatan bagi pelajar – pelajar PSAS amnya dengan memberi tumpuan untuk menyediakan tempat tinggal kepada pelajar – pelajar baru khususnya sepanjang mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Kamsis ( Kampung Siswa ) PSAS yang berkapasiti 1404 menawarkan pelbagai kemudahan kepada para penghuninya seperti:


      I.        Bilik berdua
     II.        Bilik bertiga
    III.        Bilik rehat dan tonton
    IV.        Pantry
     V.        Bilik Membasuh yang dilengkapi mesin basuh berbayar
    VI.        Gelanggang Permainan
   VII.        Kafetaria
  VIII.        Pusat Islam
    IX.        Klinik Kamsis
Terdiri daripada 6 blok asrama yang terbahagi kepada 3 blok siswa ( V1, V5 dan V6 ) dan 3 blok siswi ( V2, V3 dan V4 ), kemudahan kamsis ini bermatlamat untuk :
·         Memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar baru dan yang datang dari kawasan luar serta tidak berkemampuan dari segi kewangan. 
·         Menjaga keselamatan pelajar daripada masalah sosial seperti melakukan perbuatan yang luar daripada pandangan dan kawalan ibubapa. 
·         Melatih pelajar mendisiplinkan diri dari segi mental dan fizikal serta menyemaikan sikap berdikari dan bertolak ansur. 


PENGURUSAN KAMSIS 

Penasihat                             : Puan Hjh. Rusmina bt. Ismail
                                                  Pengarah PSAS

Pengerusi                             : En. Yaakob b. Hasrat
                                                  Timbalan Pengarah ( Sokongan ) Akademik PSAS

Pengetua Asrama               : Puan Ezatul Marini bt. Mohd. Ghazali

Ketua Warden                      : Ustaz Mior Iskandar b. Mior Azizan

Pen. Ketua Warden             : Y.M Tengku Azmie b. Raja Hassan

Warden – warden                :

1.    En. Nahar Effendi b. Shaari
2.    En. Mohmad Nazri b. Mahboob
3.    En. Mohd. Erfan b. Daud
4.    En. Abu Hashim b. Saad
5.    Ustaz Muhamad Amin b. Hasan
6.    En. Mohd. Ajmain b. Abd. Wahab
7.    En. Zulkifli b. Shamsuddin
8.    En. Nordin b. Nayan
9.    En. Mohd. Fadzli b. Ahmad
10.  En. Kamarul Azhar b. Mat Zan
11.  En. Mohd. Borhan b. Yusof
12.  Pn. Hasnina bt. Hj. Abd. Rahman
13.  Pn. Noor Azilla bt. Mohd. Noor
14.  Pn. Fauziah bt. Aarif
15.  Cik Nurul Alnor bt. Mohd. Nasaer
16.  Cik Nazirah bt. Ahmad
17.  Pn. Zakiah bt. Aksah
18.  Pn. Fauziah bt. Aziz
19.  Pn. Noormala bt. Abdullah
20.  Pn. Salmi bt. Mat Jinal
21.  Pn. Salasiah bt. Jarkawi
22.  Cik Rohaida bt. Ismail
23.  Pn. Norhayati bt. Jamil
24.  Cik Nor Rahimy bt. Khalid
25.  Pn. Thivviyah a/p Sanmugam



PERKARA – PERKARA YANG PERLU DI AMBIL TINDAKAN OLEH PENGHUNI KAMSIS

SEMASA PENDAFTARAN
i.    Mendaftar di blok – blok kamsis
ii.   Menyerahkan sesalinan slip pembayaran bank / surat tajaan di kaunter pendaftaran
iii.   Menerima kunci, catat tarikh dan menandatangani daftar masuk kamsis

SEPANJANG DI KAMSIS

i.    Menerima kad keluar harian / kad keluar bermalam dan kad aktiviti
ii.   Mendapatkan kebenaran felo bagi tujuan bermalam di luar kamsis
iii.  Meninggalkan kad keluar harian / kad keluar bermalam setiap kali meninggalkan PSAS

PERKARA – PERKARA PENTING :
i.    Menerima borang maklumat penghuni 
      : isi dan kembalikan kepada Unit Kamsis

ii.   Mendaftarkan peralatan elektrik 

- Komputer Peribadi
- Komputer riba
- Seterika
- Telephone Charger
- Printer 

iii.  Menerima borang senarai inventori bilik 

: isi maklumat dengan lengkap
: periksa dan pastikan keadaan barangan dan peralatan dalam bilik
: kembalikan ke Unit Kamsis

iv.   Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada peralatan / kemudahan – buat laporan di Pejabat Penyelia ( isi borang laporan kerosakan ) 
v.    Sentiasa memastikan semua kelengkapan bilik adalah mencukupi. – denda akan dikenakan 
vi.   Tidak boleh sama sekali memberi tumpang bilik kepada orang lain
vii.  Tidak boleh mengalihkan peralatan dalam bilik 
viii. Dilarang bertukar bilik tanpa kebenaran 
ix.   Mematuhi waktu melawat yang telah ditetapkan
Hari Kuliah – 4.00 hingga 7.00 petang
Cuti        - 8.00 pg hingga 7.00 malam 
x.    Tetamu tidak dibenarkan memasuki kawasan kamsis


PENGHUNI KAMSIS ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMBAWA KENDERAAN KE KAMPUS 
KESELAMATAN BARANGAN DAN PERALATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGHUNI SENDIRI

Tarian Zapin ~ Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)